twitter
rss

1.0 PENGENALAN

Pergerakan Asas dengan kod kursus PJM 3102 merupakan satu subjek wajib bagi Pismp semester dua bagi pelajar yang mengambil minor Pendidikan Jasmani. Subjek pergerakan asas memberi pendedahan kepada para pelajar tentang variasi pergerakan yang boleh dipelajari dan dikuasai. Subjek ini mengkehendaki para pelajar supaya menghasilkan satu kertas kerja pergerakan asas.

Kertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami dan menerima bimbingan yang lebih lanjut tentang pergerakan asas. Pergerakan asas ini menekankan pengalaman mengeksplorasi dalam kesedaran tubuh badan, asas lakuan tubuh badan, koordinasi tubuh badan, rangsangan dan ritma dengan melibatkan seluruh deria dan fizikal tubuh badan.

Selain daripada itu, amali pergerakan asas ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap kemampuan masing-masing. Amali pergerakan asas ini juga secara tidak langsung dapat melatih dan membentuk pelajar agar mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas.

Di samping itu, melalui pendidikan pergerakan asas ini, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu medium yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar.

 Akhir sekali, dalam kertas kerja ini ianya mengandungi beberapa contoh pergerakan asas yang terdiri daripada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan. Dalam kertas kerja ini juga, ia dapat membantu seseorang untuk merancang dan seterusnya menyediakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan asas ini apabila berada di sekolah nanti.

 

2.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan diri pelajar tentang pergerakan asas disamping menguasai kemahiran dalam pergerakan asas dan pengalaman mengendalikan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan manipulasi alatan.

 

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif kertas kerja amali pergerakan asas ini adalah seperti berikut:

1.Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

2.Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan mengikut keupayaan diri.

3.Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai pengalaman pergerakan.

4.Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan pergerakan.

5.Melatih murid-murid melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul dan selamat untuk mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.

6. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.

 

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tahap 1 ( 7 tahun hingga 9 tahun ).





5.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN





PERGERAKAN 1
BUKAN LOKOMOTOR

Duduk melunjur sambil melambung dan menyambut bola.






PERGERAKAN 2
LOKOMOTOR

Berjalan sambil melantun bola.







PERGERAKAN 3
BUKAN LOKOMOTOR

Berdiri dalam barisan sambil melambung dan menyambut bola dari hadapan hingga ke belakang.







PERGERAKAN 4
LOKOMOTOR

Berlari sambil menghayun tali.







PERGERAKAN 5
BUKAN LOKOMOTOR

Berdiri atas sebelah kaki di atas peti lombol sambil memutar gelung.







PERGERAKAN 6
LOKOMOTOR

Berguling sambil menggolek bola.







PERGERAKAN 7
BUKAN LOKOMOTOR

Menggilaskan badan ke kanan dan kiri dalam posisi berdiri, kaki rapat sambil memutar tali.







PERGERAKAN 8
LOKOMOTOR

Berjalan sambil melambung dan menyambut gelung.






PERGERAKAN 9
BUKAN LOKOMOTOR

Berdiri dalam bulatan sambil melontar dan menangkap bola.






PERGERAKAN 10
LOKOMOTOR

Berjalan sambil menggelecek bola menggunakan kaki.







PERGERAKAN 11
BUKAN LOKOMOTOR

Berdiri atas kedua belah lutut sambil melambung dan menyambut gelung.







PERGERAKAN 12
LOKOMOTOR

Berjalan di atas bangku gimnastik sambil memutar gelung.







PERGERAKAN 13
BUKAN LOKOMOTOR

Mengilaskan badan ke kanan dan kiri, dalam posisi berdiri, sebelah kaki depan dan sebelah kaki di belakang sambil melambung dan menyambut tali.







PERGERAKAN 14
LOKOMOTOR

Merangkak di celah lubang tangga sambil menggolek bola.







PERGERAKAN 15
BUKAN LOKOMOTOR

Duduk, kedua belah lutut dibengkokkan  dalam bulatan sambil menggolek gelung.








PERGERAKAN 16
LOKOMOTOR

Skip melompat sambil memutar tali.






PERGERAKAN 17
BUKAN LOKOMOTOR

Duduk, sebelah kaki diluruskan dan sebelah lagi bengkok bahagian lutut dalam bulatan sambil memutar tali.






PERGERAKAN 18
LOKOMOTOR
Berlari sambil melantun bola.







PERGERAKAN 19
LOKOMOTOR

Melompat di atas papan anjal sambil melambung bola.







PERGERAKAN 20
BUKAN LOKOMOTOR

Duduk, kedua belah kaki dibuka luas dalam bulatan sambil melontar bola.









 

0 comments:

Post a Comment